Info sehat

*Credit to unknown writer*

*Assalamualaikum wbt.*

*SEKOLAH SIHAT*
.
1. *Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.*

2. *Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.*

*Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.*
*Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.*

*Banyakkan sayur dan buah buahan.*

3. *Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.*

4. *Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.*

5. *Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.*

*Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.*

6. *Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.*

7. *Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.*

8. *Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.*

9. *Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.*

10. *Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama “si mata lalat” – pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.*

11. *Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.*

12. *Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.*

13. *Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.*

*YA ALLAH PERMUDAHKANLAH KAMI MENGAMALKAN SEGALA YG TERBAIK BUAT DIRI KAMI YA ALLAH..AAMIIN*

Advertisements

Tok Kenali

*Sedikit perkongsian ilmu makrifat tok kenali.*

*NABI MUSA DAN BUKIT THURSINA*
*Kisah Nabi Musa as, dimana pada suatu hari Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, ya tuhanku perzahirkanlah rupa paras mu, ya Allah aku nak tengok, aku nak lihat dan aku nak tilik wajah mu ya Allah. Kata Allah SWT,” Tidak boleh ya Musa, kamu tidak mampu untuk melihat aku.” Namun Nabi Musa tidak berhenti bermunajat sampai tiga kali kepada Allah SWT.*

*Kata Allah, Ya Musa aku bukan makhluk, aku bukan ain, aku bukan sesuatu, aku bukan benda macam mana aku nak tunjukkan wajahku kepada mu, macam mana aku nak tunjuk wajahku kepada engkau ya Musa. aku ini tidak bersifat dan tidak berain…. Laisa kamislihi syaiun ……, apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu pandang itu, bukan aku, bukan aku, bukan aku, macam mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya Musa. Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku ini seorang nabi, sedangkan orang bukan nabi boleh tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa kesana kemari, sedangkan mereka itu bukan nabi, boleh tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang nabi, usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak reti, oleh itu bagaimanakah org nak percaya kepada aku, ya Allah , kata Nabi Musa.*

*Jadi ya Allah perzahirkanlah wajah mu, aku nak tengok, aku nak lihat, aku nak tilik, semoga boleh lah aku menceritakannya semula kepada kaum aku.” Lalu dgn kasih sayang Allah SWT berkatalah Allah kepada Musa, Ya Musa, sekiranya benar engkau nak melihat wajah ku, Aku bagi kau mengenal aku, hanya melalui satu kiasan sahaja (yakni satu perumpamaan). Jika kau tahu akan kiasan atau perumpamaan ku ini, maka engkau akan dapat mengenal aku dan akan dapat melihat aku pada jam ini, pada hari ini dan pada saat ini ya Musa.*

*Ya Musa, Aku tidak perlu tunjukkan wajah aku yang asli kepadamu, cukup dengan hanya melalui kiasan sahaja kamu akan dapat mengenal dan melihat Aku Allah swt. Lalu Allah berkata, ya Musa kau tengok bukit Thursina itu, jika engkau masih lagi melihat sifat bukit Thursina itu berdiri di tapaknya, kau tidak akan dapat melihat aku, tetapi jika sekiranya engkau tidak melihat lagi sifat bukit Thursina itu, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.*

*Bahasa mudahnya…. Allah berkata, jika engkau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika engkau tidak melihat lagi sifat bukit, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku. Lalu Nabi Musa pun pandang bukit, setelah dipandanglah, ditilik dan dilihat akan bukit Thursina itu, maka karamlah bukit dalam pandangannya.*

*Untuk mempermudahkan faham, mengumpamakan “menimbulkan semula batu yang ditenggelamkan”, Sekali fikir dengan akal yang lemah ini, mana mungkin batu yg dicampakkan ke dlm sungai boleh timbul balik. Begitu juga dgn bukit Thursina macamana untuk tidak ternampak bukit, sedangkan bukit tersergam ditapaknya. Nabi Musa pun pandang bukit Thursina..dan berfikir “Jika ada bukit aku tidak nampak Allah, setelah tidak terlihat bukit, barulah aku akan dapat melihat Allah.*

*Lalu Allah pun bertajalilah Nur Nya keatas bukit. Bertajali disini, bermaksud atau bermakna “menyatakan”, manakala makna atau maksud perkataan Nur itu pula, bukan bermaksud terang atau gelap. Nur atau cahaya itu, bermakna atau bermaksud terang cahaya wajah Allah. Bilamana Allah menyatakan diri Nya atau mempernampakkan kenyataan diri Nya keatas Bukit Thursina, Pada saat itu, leburlah segala sifat, afaal, asma dan zat bukit!. Nabi Allah Musa diketika itu, bukan lagi terlihat atau terpandang bukit, malahan setelah lebur, hancur atau karam sifat, afaal, asma dan zat Bukit Thursina, maka disitulah wajah Allahlah yang terlihat dan terpandangan oleh Nabi Allah Musa!.*

*Nabi Musa bukan melihat Allah dalam bentuk sifat, malahan Nabi Musa melihat Allah dalam bentuk kiasan sahaja!. Hanya dgn melalui satu kiasan bukit sahaja, Nabi Musa sudah dapat memandang dan melihat Allah!.*

*Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) diri Nya keatas bukit itu, maka bukit itu pun meletup. Erti, makna atau maksud meletup itu pula, bukan membawa hancur atau pecah menjadi debu spt dinyatakan dlm Al-Quran. Meletup disini, adalah membawa maksud lebur dalam pandangan Nabi Musa!. Jadi Nabi Musa pun faham akan kiasan Allah itu.*

*Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) pula Nur nya keatas Musa, lalu Musa pun pengsan, betulkah Nabi Musa pengsan dan apakah betulkah Bukit Thursina meletup?. Maksud Nabi Musa pengsan dan maksud meletupnya Bukit Thursina itu, adalah bagi mengambarkan karam, lebur, binasa dan terkuburnya Nabi Musa dan Bukit Thursina dalam wajah Allah. Maka sedar, faham, maklum dan mengertilah Nabi Musa akan kiasan Allah SWT, melalui kisah Bukit Thursina itu!..*

*Menghayati kisah ini maka kenallah kita akan satu nama Allah SWT yang tersembunyi!. Jadi kisah ini amat dalam maksudnya.. (jangan pandang pada huruf, tetapi pandanglah disebalik huruf)…menjelaskan bagaimana nak pandang di sebalik huruf pada kisah Nabi Musa tadi?.*

*Kiasan kepada perkataan bukit meletup itu, bukannya bererti bukit itu, meletup hancur sampai menjadi debu (seumpama kena bom). Maksudnya disebalik Bukit Thursina itu, adalah hanya nama, jadi hendaklah kita kembalikan nama Thursina itu kepada Allah, setelah nama dikembalikan kepada Allah, bukit itu sudah tidak lagi bernama dan tidak lagi boleh terpanggil “Thur Sina!”, Sesudah dikembalilkan nama kepada Allah!, apa lagi yang hendak dipanggil?.*

*Setelah faham kiasan Allah pada bukit Thursina, lalu Nabi Musa mengalihkan perhatiannya kepada dirinya. Dengan megambil iktibar, megambil faham dan megambil kiasan dari kisah bukit Thursina, Nabi Musa kiaskan cerita bukit Thursina kepada dirinya sendiri!. Berkata Nabi Musa, sebagaimana aku kembalikan sifat, afaal, asma dan zat bukit Thursina kepada Allah, sebegitulah akan kukembalikan sifat diri aku kepada Allah…*

*Dari cerita kiasan bukit Thursina, Nabi Musa kembalikan sekalian sifat bukit, sifat lonjong, sifat batu, sifat pasir, sifat pokok dan semua sifat yang ada pada bukit itu, kepada Allah, maka kembalilah bukit itu kepada wajah Allah dan tidaklah lagi terpandangan bukit!.*

*Sebagimana kiasan bukit, sebegitulah nak ku kembalikan sifat diri aku kepada Allah. Sebagaimana kembalinya sifat bukit Thursina kepada wajah Allah!. Sebegitu juga akan aku kembalikan sifat, asma’, afaal dan zat aku kepada Allah SWT (kata Nabi Musa). Jadi apabila semuanya telah dikembalikan segala segala nama, sifat, afaal dan zat kepada Allah, apa lagi yg tinggal, tersisa dan apa lagi yang terbaki?.*

*Setelah segalanya sudah lebur dan sudah kembali kepada wajah Allah, maka apa yg dilihat, itulah Allah?. Apa yang dipandang, itulah Allah dan apa yang ditilik, itulah Allah!. Itulah cara Allah mengajar Nabi Musa melalui kiasan bukit Thursina. Yang mana dengan cerita kiasan Allah itu, Nabi Musa bawa kepada dirinya!. Sehingga Nabi Musa juga karam, lebur dan binasa sebagaimana karam, lebur dan binasanya bukit Thursina!.*

*Maka dari kiasan itu, dapatlah Nabi Musa melihat Allah. Iaitu dengan cara mengembalikan segala nama kepada pemiliknya “Allah”. Nabi Musa kembalikan segala sifat kepada pemiliknya. Maka nyatalah Allah itu, setelah semua tidak ada (dikembalikan kepada Allah), sifat makhluk atau sifat apa yg ku pandang kini, sudah menjadi milik Allah.Yang memandang pun milik Allah, yang dipandang pun milik Allah!.*

*Kini Nabi Musa sudah faham akan kiasan Allah SWT. Lalu Nabi Musa pun bawa kiasan bukit Thursina itu dan letak kepada dirinya, jikalau “Thursina” bukit yang besar itu, boleh aku leburkan, inikan pula diri aku, lalu Nabi Musa pun pandang dirinya. Bilamana memandang ia kepada sifat tangan, tangan Musa sudah menjadi milik Allah dan pandang kaki, sifat kaki sudah juga menjadi milik Allah!. Lalu bertanya Nabi Musa kepada dirinya sendiri, “mana aku, mana aku dan mana aku” tangan milik Allah, kaki milik Allah jadi Nabi Musa pun pengsan, Kata pengsan itu bukan maksudnya koma, bukan ertinya tidak sedar diri dan bukan bermaksud pengsan. Maksudnya disini adalah bererti Nabi Musa itu juga karam dalam wajah Allah, setelah aku mengembalikan sifat diriku kepada mu ya Allah, jadi mana aku, aku sudah tidak ada kata Musa seperti tiadanya bukit Thursina.*

*Itulah maksud kata Allah, jika kau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika kau tidak nampak bukit, barulah nampak akan nampak aku Allah swt. Jika kita masih nampak kita gagah engkau tidak akan nampak gagah itu Allah. Jika kita masih nampak kita kaya, kita tidak nampak kaya itu Allah. Jadi sekarang aku tidak nampak diri aku lagi, kaya itu Allah, gagah itu Allah, besar itu Allah. Jadi mana diri aku, itulah maksud atau erti Nabi Musa pengsan.Pengsan itu membawa maksud Nabi Musa karam “FANA” dalam wajah Allah sebagaimana karam dan fananya bukit Thursina, maka kenallah Nabi Musa akan wajah Allah.*

*Melalui cerita bukit Thursina itu, mengerti dan fahamlah Nabi Musa akan bagaimana caranya Nabi Musa mengenal Allah!. Benarlah sebagaimana firman Allah, “dimana aku hadapkan wajahku disitulah wajah Allah”. Kenallah ia akan Allah sesudah mengenal mahluk!.*

*Begitulah juga, jika kita hendak mengenal Allah melalui kiasan Nabi Musa dengan Bukit Thursina!. Dgn cara mengenal diri sendiri, maka akan kenallah kita kepada Allah Taala. Jika kita hayati betul-betul kisah bukit Thursina, kita juga akan dapat menimbulkan batu yang sudah tengelam didasar sungai…..*

*Ayahanda haji shaari.*
*MTK*

As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua

 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Al-Baqarah 2: 286)

Maknanya, kita memang akan diuji dengan sesuatu yang sebenarnya mampu kita hadapi. Hanya ada ketika terasa berat untuk menanggungnya. Seakan-akan ujian yang sedang kita hadapi paling berat. Bahkan tercetus dalam diri, mengapa aku yang diuji?

Astaghfirullah, jaga-jaga semasa diuji. Jangan sampai merudum iman dalam hati. Bagaimana menghadapi ujian kehidupan, yang dengannya kita terasa tenang walau diuji dengan sesuatu yang berat?

❤1. UCAPKAN INNALILLAH.
Jangan salah faham dengan ucapan istirja‘; innalillahi wa inna ilaihi raji‘un. Kita biasa mendengarnya ketika mendengar berita tentang kematian.

Walau hanya kesulitan kecil, apatah lagi diuji dengan sesuatu yang terasa berat, lantunkan ucapan ini berkali-kali. Biar tenang dan reda meresap dalam diri. Daripada Allah kita datang kepada
Allah kita kembali. Menyerahkan diri kepada Allah yang mentakdirkan segala-galanya. Akan hadir rasa tenang setelah
menyerahkan diri kepada Allah.

💜2. ANGGAP UJIAN SEBAGAI ANUGERAH.
Bergembiralah mereka yang diberi ‘anugerah’ ujian. Setiap manusia ditimpakan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap keimanannya.

Allah memberikan ujian untuk meningkatkan darjat hamba-hamba-Nya. Siapa yang tidak suka ditinggikan darjat di sisi Allah? “Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya,
ditimpakan penderitaan ke atasnya.” (Riwayat al-Bukhari) Allah tidak akan mempersiakan kehidupan hamba.

Semakin teruji, semakin meningkat darjat seseorang di sisi Allah, asalkan ada iman dalam dirinya.

💙3. SABAR DAN SOLAT.
Allah berfirman, “Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.” (Al-Baqarah 2: 45) Dua senjata semasa diuji; bersabar dan bersolat. Pada kesabaran ada ganjaran. Bersabar pada
hentakan pertama. Demikian yang sebenarnya. Menerima setiap ujian dengan sabar dan berdoa agar diberikan kebaikan. Sesukar mana, seberat mana ujian, selagi ada dua senjata ini, insya-Allah, dipermudahkan jalan.

💛4. ISTIGHFAR DAN DOA.
Ujian yang menimpa bukan hanya kerana kita berdosa. Tetapi Allah mahu menghapuskan dosa. Beristighfarlah. Semoga dengannya dosa-dosa kecil yang ada terhapus. Lazimi istighfar
dan berdoa agar kebaikan sentiasa mengiringi ujian. Lazimnya, saat ditimpa ujian, hati makin lurus berdoa. Khusyuknya berganda sebab kita ingin segera melepasi ujian.💚

As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.

 

“Sesungguhnya seorang teman sejati, sudah pastilah ingin melihatnya ke Syurga Allah. Maka jika benar kalian adalah seorang teman dan ingin menjadi teman sejati kerana Allah, tegurlah salahnya, perbetulkan silapnya, perbaiki kalimahnya, larang dia dari melakukan dosa, peringatkan bila terlupa, nasihatkan dia agar tidak lalai, jangan memuji di hadapannya, jangan membuka mana2 a’ibnya, maafkan kesalahannya, kirimkan tasbih doa buatnya, ukirkan lirik-lirik nasihat yang membina rohaninya dan paling penting, getarkan hatinya dengan kalimah2 yang mendekatkan cintanya pada Tuhannya..” ukhwah fi mardhotillah abadi abadan…

 

Tidak perlu nak rasa sedih kalau tak punyai ramai kawan…
Tapi bersedihlah kalau ramai kawan tapi tiada seorang pun
yang ingatkan kita pada Allah…💚.

Kaaba.

Expert in this grp plse comment 👇

*Do you know why it is forbidden to fly over the Kaaba, and there is no airport in Mecca?*
The information will surprise you.
This is the information that has brought a lot of people to Islam.

The Kaaba is the center of the earth. It lies in the middle of the earth without any deviation or deformation. And because it is the center of gravity, it naturally attracts the magnetic charges in this place. This is the first point to welcome the sunrise.

For these reasons and the fact that the Kaaba is the center of gravity on the Earth, a center of attraction and confluence of the cosmic rays of gravity on the Earth’s surface, the vacuum zone in the layers of air. It is therefore, impossible to fly over the Ka’abah, either by birds or even airplanes because it is a magnetic center of attraction.
This is indeed confirmed by the science that planes and birds can not fly over the Kaaba because of the magnetic attraction. And this is why, of course, in Saudi Arabia there is no airport in the city of Mecca.
This also explains why, despite the large number of birds in surrounding of the Kaaba, they only fly around the Kaaba, not above it!

It should be noted that the Kaaba is the light of the earth. The light that comes from the Kaaba crosses the space and across the sky, to the light at the house of Allah in the sky, (that’s baytul Ma’mour) which is perpendicular to the house of Allah in the world (that is, the Ka’abah on the land).

Glory be to Allah, and Exalted is He from what they associate with Him.

Share the information for the benefit of others …

Masa kecik kecik.

_*Tersentap tapi bermakna*_

● _Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama._
● _Bila sudah besar.. bilik masing-masing._
● _Bila sudah nikah.. rumah masing-masing._
● _Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising._
● _Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing._

♧ _Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.._
● _Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan._
● _Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong._
● _Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik…_
● _Hanya kau dan amal mu._
● _Bersedia selalu.. bersiap selalu._
● _Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi._
● _Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda._
● _Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana._

♧ _Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar._
● _Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat._
● _Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia._
● _Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA._
● _Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._

Hotel yang sama.

💐 Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih ? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik. Hotel ? Trivago !

Bagaimana pula dengan yang ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih ? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa. Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur ? Taubat nasuha !

*Jom bersihkan hati…* *hati bersih hidup* *bahagia…*

1. Jgn cari salah orang…Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang… Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang… Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang…Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang…Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang…Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita…Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada… Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita… Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita… Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama² kita Muhasabah diri… 💐